Friday, 4 October 2013

L.A.N.G.I.T








Langit biru...membeku.
Aku terpaku,diam membisu.
Tertanya bangang.
Kenapa langit begitu tenang walhal keadaan sekeliling berkocak garang?

Mahu aku jadi seperti langit yang tinggi.
Sukar untuk digapai tapi masih berharga dan dihargai.
Ya,mahu aku jadi langit yang satu itu!!

Tetapi aku lupa...
Langit pernah dan masih juga goyah.
Rapuh.Seperti hati kita.
Terkadang tenang,terkadang celaru.
HARU BIRU!!
KELIRU!!





Dan disini aku masih membuntu.